30.12.2015 Views

03 Page 4-5

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5 2014 OKTOBER

WOW@

PUTRAJAYA

Sirkit Pancing Putrajaya Siri ke-3/2014

Temoleh Tumpas, Burhanuddin

Bawa Pulang RM7,000

PRESINT 2 – Lebih 2,000 kaki

pancing memeriahkan Sirkit

Pancing Putrajaya Siri ke-3 untuk

tahun 2014 yang berlangsung

di Sisiran Tasik Presint 2, 3

dan 4 di sini pada 28 September

lalu.

Kemeriahan program itu lebih

dirasai dengan kehadiran ribuan

pengunjung untuk menyaksikan

pemancing-pemancing tersebut

beradu kebolehan.

Sirkit anjuran Perbadanan

Putrajaya (PPj) yang diadakan

bersempena sambutan Hari Kemerdekaan

dan Hari Malaysia

itu merupakan kesinambungan

daripada Sirkit Pancing Putrajaya

Siri ke-2 yang berlangsung

pada Mei lalu.

Untuk Sirkit ke-3 ini, Burhanuddin

Mohd Salleh yang berjaya

menewaskan ikan temoleh

seberat 7 kg muncul juara dan

membawa pulang cek bernilai

RM7,000. Menyusul di belakang

beliau ialah Hamzah Hamid yang

menerima hadiah RM5,000,

manakala tempat ketiga dengan

hadiah RM3,000 dimenangi Roslan

Mohamed.

Pemenang tempat ke empat

hingga ke-13 turut menerima

hadiah berupa wang RM200 tiap

seorang, manakala yang menduduki

tempat ke-14 hingga ke-

20 masing-masing membawa

pulang sebuah hamper.

Selain hadiah kepada pemenang-pemenang

pertandingan

memancing, PPj turut mengadakan

cabutan bertuah yang menawarkan

hadiah utama berupa

motosikal Modenas Kriss dan TV

LCD 32”.

Beberapa acara lain juga

diadakan bersempena Sirkit

Pancing itu, antaranya, Green

Innovation – 3R Boat Making

Competition, Pertandingan Memasak

Ikan Air Tawar, Pertandingan

Mewarna dan juga acara

memancing udang untuk kanakkanak.

Para pemenang bergambar bersama replika cek kemenangan masing-masing.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

03 Page 4-5.indd 5 10/21/14 3:34 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!