30.12.2015 Views

02 Page 3

• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3 OKTOBER MY

2014

Bersatulah Dalam

Kepelbagaian – Ku Nan

PUTRAJAYA

NEWS

Presint 2 – Menteri

Wilayah Persekutuan,

Datuk Seri Tengku Adnan

Tengku Mansor menyeru

semua rakyat Malaysia

melupakan segala perbezaan

di antara kaum dan

bersatu atas dasar cinta

kepada negara.

Beliau, yang juga Ahli

Parlimen Putrajaya membuat

seruan itu semasa

berucap pada Majlis Sambutan

Hari Lahir Beramairamai

Penduduk Presint 11

bagi bulan Julai-Disember

anjuran Parlimen Putrajaya

yang dihadiri hampir

200 orang baru-baru ini.

Menurut beliau, semua

rakyat negara ini juga tidak

harus mengendahkan perbuatan

sesetengah pihak

yang cuba memainkan

sentimen perkauman bagi

menimbulkan rasa tidak

senang di antara kaum.

“Di negara kita ini ada

lima kaum yang utama

Selamat hari lahir... Tengku Adnan menyampaikan hadiah kepada

salah seorang penduduk yang diraikan.

iaitu, Melayu, Cina, India,

Kadazan dan Iban, dan

semua kaum ini ada pula

pecahan suku masingmasing,

tetapi kita semua

telah memilih untuk terus

bersatu dalam negara Malaysia

yang kita cintai ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab

kita untuk terus

bersatu hati dan menggembleng

tenaga bagi memajukan

negara,” kata beliau.

Ujarnya lagi, usaha untuk

membangun dan memajukan

sesebuah negara

mengambil masa yang

sangat panjang, sedangkan

jika hendak menghancurkannya,

ia boleh dilakukan

dalam masa yang

sangat singkat.

“Kewajipan kita adalah

memastikan negara ini

Mesra... Datin Seri Anggraini bersama salah seorang warga

Presint 2 yang diraikan.

kekal terpelihara kedaulatan,

keamanan dan kemakmurannya

kerana bumi

Malaysia yang bertuah

inilah akan kita wariskan

kepada generasi akan datang,”

katanya lagi.

Pada majlis itu Tengku

Adnan sempat meluangkan

masa untuk beramah

mesra dengan penduduk.

Selain daripada itu beliau

turut menjawab beberapa

soalan yang dikemukakan

oleh penduduk presint

berkenaan, antaranya, tentang

kemungkinan mewujudkan

sebuah universiti di

Putrajaya.

Sebagai menjawab

soalan itu, Tengku Adnan

berkata, cadangan tersebut

akan dikaji bagi melihat

sejauh mana keperluan untuk

melaksanakannya.

“Halangan utama untuk

mewujudkan sebuah universiti

di Putrajaya ialah

masalah kekurangan tanah,

kerana kos tanah di-

Putrajaya sangat mahal.

Bagaimanapun kerana ia

satu cadangan yang baik

maka sewajarnya ia dikaji

bagi melihat sejauh mana

boleh dilaksanakan,” kata

beliau.

Mengenai masalah

kekurangan klinik gigi di

Putrajaya yang dibangkitkan

oleh seorang penduduk,

Tengku Adnan

menegaskan, masalah itu

sedang diatasi secara berperingkat

dengan penambahan

sebuah lagi klinik di

Presint 18.

(Lagi foto-foto sekitar Majlis

Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai

Putrajaya di muka

surat 20)

‘Take a Break… Read’

Pupuk Budaya Membaca

PRESINT 1 – Sebagai satu

inisiatif untuk merakyatkan

budaya membaca di kalangan

penjawat awam, Jabatan Perdana

Menteri dengan kerjasama

Perbadanan Putrajaya,

Perpustakaan Negara, PUS-

PANITA dan 1M4U baru-baru

ini telah melancarkan program

‘Take a Break… Read @

Putrajaya’.

Program yang buat julung

kalinya diadakan di Putrajaya

itu telah dirasmikan oleh Ketua

Setiausaha Negara, Tan Sri Dr.

Ali Hamsa, yang turut dinobatkan

sebagai Ikon Membaca

Kebangsaan Yang Pertama di

kalangan penjawat awam.

Bercakap semasa merasmikan

program itu, Ali menekankan

bahawa budaya membaca

seharusnya menjadi amalan semua

penjawat awam, termasuk

di kalangan ahli keluarga mereka

kerana budaya itu adalah elemen

paling penting dalam membentuk

masyarakat berilmu.

Selain itu, beliau turut mengutarakan

cadangan untuk menjadikan

Putrajaya sebagai hub

ilmu bersempena dengan pelancaran

‘Library on Wheels’ di

mana bas-bas Nadi Putra akan

menjadi perpustakaan bergerak,

hasil sumbangan bukubuku

daripada PUSPANITA.

“Kedudukan geografi Putrajaya

di tengah-tengah antara

Kuala Lumpur, Cyberjaya, Bangi

dan Dengkil seharusnya digunakan

sepenuhnya sebagai

pusat tumpuan untuk ilmu yang

akan menjadi satu lagi tarikan

untuk penduduk luar datang ke

Putrajaya,”ujar beliau.

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

02 Page 2-3.indd 3 10/21/14 3:34 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!