12.11.2015 Views

Haza Ad-Deen -Sayyid Qutb.. (1)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Allah sahaja yang menguasai dan mengetahui segala yang dilakukanNya.

Malangnya persoalan sebegini hanya ditimbulkan oleh seorang yang tidak serius dan

hipokrit, bukan oleh seorang yang benar-benar beriman dan bukan oleh seorang yang benarbenar

kufur. Oleh kerana itu persoalan sebegini tidak perlu dilayan dan tidak perlu dipandang

serius. Jikalau yang bertanya adalah seseorang yang jahil tentang hakikat dan sifat-sifat

uluhiyyah maka cara untuk menunjuk ajar orang yang jahil ini bukanlah dengan jawapan

yang spontan. Orang jahil ini terlebih dahulu perlu diperkenalkan tentang hakikat dan sifatsifat

uluhiyyah Allah. Apabila beliau memahami dan menerimanya maka beliau menjadi

seorang yang beriman. Sebaliknya jika beliau menolak dan enggan menerimanya maka beliau

menjadi seorang yang kufur. Dengan ini tidak perlu sebarang perbahasan yang boleh

membawa kepada perbalahan. Seorang muslim sebenarnya dilarang untuk membahaskan

sesuatu sehingga timbulnya perbalahan!

Kesimpulannya tiada siapapun di kalangan makhluk Allah yang berhak untuk

mempersoalkan mengapa Allah mencipta manusia dengan fitrah yang sebegini? Mengapa

pula Allah mahu supaya fitrah ini sentiasa berfungsi, tidak disisihkan dan tidak diabaikan?

Mengapa Allah mahukan manhaj Ilahi yang ditetapkan untuk kehidupan manusia ini hanya

terlaksana melalui usaha manusia berdasarkan kemampuan manusia, juga berdasarkan realiti

hidup manusia. Allah tidak mahu manhaj ini terlaksana melalui cara yang luar biasa dan

pelik!

Sebenarnya semua manusia mampu untuk memahami dasar ini. Manusia dapat melihat

apa yang berlaku di dalam hidup mereka dan memahami segala peristiwa yang berlaku di

dalam sejarah manusia daripada perspektif ini. Dengan memahami dasar ini mereka boleh

menyelami perjalanan sejarah manusia. Seterusnya, mampu untuk berhadapan dan mengolah

perjalanan ini. Selain itu, dengan memahami dasar ini mereka dapat hidup bersama-sama

dengan hikmah dan qudrat Allah seterusnya terbentuk suatu cara hidup yang betul.

Manhaj Ilahi yang dicernakan melalui Islam dan didatangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

ini tidak terlaksana di muka bumi atau di tengah dunia manusia semata-mata kerana ianya

diturunkan oleh Allah. Manhaj ini tidak terlaksana dengan hanya menggunakan kalimah

Ilahi: "Jadilah" sebaik sahaja ia diturunkan. la juga tidak terlaksana melalui penyampaian dan

penjelasan semata-mata. Manhaj ini juga tidak terlaksana dengan perintah Ilahi sebagaimana

yang Allah tetapkan pada cakerawala dan bintang-bintang. Manhaj ini hanya dapat

dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani

kebenaran manhaj ini. Mereka ini beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan

mereka dan berusaha untuk menerapkannya di dalam hati dan kehidupan manusia. Mereka

akan mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini, Mereka akan melawan

kelemahan dan keinginan hawa nafsu yang sudah sebati di dalam jiwa manusia. Mereka akan

menentang sesiapa sahaja yang dikuasai oleh kelemahan hawa nafsu ini dan yang

rnenghalang usaha ini. Dengan segala kesediaan ini mereka akan melaksanakan manhaj ini

semaksima mungkin menurut kemampuan fitrah manusia, menurut kemampuan diri dan

realiti mereka. Mereka akan memulakan usaha ini bertitik tolak daripada sejauhmana

kemampuan yang mereka miliki. Mereka tidak lupa realiti mereka dan segala persediaan

yang perlu mereka miliki dalam melangkah melalui proses penerapan manhaj Ilahi ini.

Mungkin pada suatu ketika jamaah ini memperolehi kemenangan kerana berjaya

menawan jiwanya dan jiwa seluruh manusia. Dalam masa yang lain pula jamaah ini tewas

kerana gagal untuk menawan jiwanya dan jiwa seluruh manusia. Kemenangan dan kekalahan

ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana usaha yang dilakukan dan sejauhmana mereka

mengeksploitasi segala wasilah yang sesuai dengan masa dan situasinya. Paling penting ialah

sejauhmana mereka menerap dan menterjemah manhaj ini ke alam realiti dan ke dalam diri

mereka.

www.mykonsis.org

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!