12.11.2015 Views

Haza Ad-Deen -Sayyid Qutb.. (1)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dapat dimuatkan di dalam sebuah buku atau di dalam suatu analisa atau di dalam satu

zaman. Segala kesan ini telah sebati di dalam seluruh kehidupan manusia semenjak

sekian lama. Ianya merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Tidak kesemua kesan

ini zahir dan tidak kesemua kesan ini boleh dilihat.

Secara ringkasnya boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan oleh agama ini telah

terserlah di muka bumi dan tertanam di dalam kehidupan manusia ini. Perubahan ini telah

meninggalkan kesan kepada kehidupan manusia, walaupun kesan ini berbeza tahapnya

namun ianya tetap ada. Secara langsung atau tidak langsung, semua arus perdana di dalam

sejarah pasti menimba pengalaman daripada peristiwa yang hebat ini atau lebih tepat,

fenomena alam yang hebat ini.

Gerakan reformasi agama yang dipelopori oleh Martin Luther dan Calvin di Eropah,

gerakan renaissance yang menjadi inspirasi Eropah hingga ke hari ini, gerakan menentang

sistem feudal di Eropah, gerakan menuntut pembebasan daripada pemerintahan aristokrat,

gerakan menuntut persamaan hak, gerakan hak asasi manusia, sebagaimana yang terdapat di

dalam Magna Carta di England dan Revolusi di Perancis, gerakan aliran empirisisme yang

menjadi asas kegemilangan peradaban Eropah seterusnya membawa kepada penemuanpenemuan

besar dalam bidang ilmu zaman moden dan banyak lagi gerakan-gerakan besar

lain yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai permulaan sejarah baru, kesemua gerakan

ini sebenarnya telah tercetus dan amat terpengaruh dengan arus perdana Islam.

Menurut, buku Dhuha Islam karangan Dr Ahmad Amin:

"Pertelingkahan yang berlaku di antara puak-puak Kristian memperlihatkan pengaruh

Islam di kalangan mereka. Antara yang boleh dilihat ialah dalam peristiwa yang berlaku pada

kurun ke 8 Masihi (Kurun ke 2 dan ke 3 Hijrah), di Septmania muncul satu gerakan yang

mengajak penganut Kristian supaya menentang amalan pengakuan di hadapan paderi kerana

paderi tidak berhak melakukannya. Sebaliknya manusia hendaklah mengadu kepada Allah

sahaja memohon keampunan kerana kesalahan yang dilakukan. Di dalam Islam tiada paderi

atau rahib atau pendeta oleh kerana itu secara tabi'inya tidak ada amalan pengakuan di dalam

Islam!

Setelah itu muncul pula aliran yang mengajak penganut Kristian supaya menghancurkan

patung keagamaan (Iconoclasts). Pada kurun ke 8 dan ke 9 Masihi (kurun ke 3 dan ke 4

Hijrah) lahir fahaman Kristian yang menentang amalan menyucikan patung. Pada tahun

726AD, pemerintah Empayar Rom, Leo III telah mengeluarkan perintah supaya diharamkan

amalan menyucikan patung. Diikuti pada tahun 730AD dengan perintah bahawa amalan ini

dianggap penyembahan berhala. Tindakan yang sama turut dilakukan oleh Constantine VI

dan Leo IV. Dalam masa yang sama, Pope Gregory II dan III, Germanius, ketua gereja

Constantinopal, Maharani Irene adalah antara penyokong penyembahan patung. Berlaku

perbalahan yang hebat di antara kedua-dua fahaman ini yang tidak perlu dihuraikan di sini.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah mengenai kenyataan beberapa orang ahli sejarah

bahawa gerakan ke arah penghapusan patung ini adalah kerana pengaruh Islam. Ahli-ahli

sejarah menyebut bahawa Claudius, ketua paderi Tourin, yang dilantik pada tahun 828AD

(sekitar 213H) telah mengarahkan supaya dibakar semua patung dan salib serta melarang

penyembahan patung di gereja-gerejanya, beliau lahir dan membesar di Andalus, bumi Islam.

"Terdapat di kalangan pengikut Kristian yang menghurai akidah Triniti mirip kepada

akidah satu tuhan dan mereka menolak Isa al-Masih sebagai tuhan." 7

7

Dhuha Islam, hal 164-165.

www.mykonsis.org

47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!