12.11.2015 Views

Haza Ad-Deen -Sayyid Qutb.. (1)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6

Aset Pengalaman

Pada peringkat awal berhadapan dengan manusia, Islam terpaksa menghadapi realiti ini

dengan hanya bertemankan aset fitrah. Aset fitrah berpihak kepada agama ini walaupun

setelah beberapa generasi ditimbus oleh timbunan jahiliyyah. Namun keupayaan fitrah ini

untuk bangkit lebih kuat berbanding segala timbunan itu. Kehendak fitrah sudah cukup untuk

menghumban timbunan ini.

Zaman itu adalah zaman yang menakjubkan. Zaman tersebut adalah zaman

kegemilangan. Generasi tersebut juga adalah generasi yang unggul. Zaman tersebut menjadi

menara mercu tanda. Sepertimana yang saya katakan, zaman tersebut adalah zaman yang

ditakdir dan diatur oleh Allah supaya muncul suatu contoh yang unggul di tengah realiti

hidup sebagai suatu teladan bagi generasi selepasnya. Suatu contoh yang hidup dan mampu

untuk diulangi semula mengikut kemampuan yang ada pada manusia hari ini!

Kemunculan ini bukan hasil fenomena biasa ketika itu, sebaliknya adalah hasil aset yang

tersimpan di dalam fitrah. Kemunculan tersebut berlaku apabila wujud suatu bentuk manhaj,

pimpinan, tarbiah dan harakah yang menggembeleng dan mendorong fitrah ini...

Malangnya manusia ini pada amnya tidak bersedia untuk bertahan lama memegang

tampuk kegemilangan ini, yang telah ditegakkan oleh kumpulan pilihan melalui bantuan

Allah. Islam begitu pantas berkembang ke Timur dan Barat tanpa ada tandingannya di dalam

sejarah. Apabila manusia mula berduyun-duyun memeluk Islam menyebabkan kebanyakan

mereka tidak sempat menerima didikan yang unik, halus dan perlahan sebagaimana yang

diterima oleh kumpulan pilihan itu...

Apabila keadaan ini berlaku, saki baki jahiliyyah yang masih ada di dalam diri

masyarakat dan majoriti umat yang memeluk Islam ini mula terasa dan merentap tubuh

masyarakat ini sehingga tersembam ke bumi. Sebenarnya masyarakat ini berjaya mencapai

tampuk kegemilangan ini setelah melalui suatu anjakan yang hebat yang telah dilakukan oleh

kumpulan pilihan melalui tarbiah yang unik, halus dan perlahan. Tarbiah yang

menggembeleng aset fitrah dan mengarahnya melalui haluan yang jauh ini!

Memang, dalam tempoh seribu tahun masyarakat Islam ini tidak sepenuhnya berada pada

tampuk kegemilangan, prestasi mereka berbeza-beza. Namun begitu mereka masih berada di

kedudukan yang lebih tinggi berbanding masyarakat lain di muka bumi. Itupun kerana

masyarakat asing ini menerima tempias masyarakat Islam yang bermartabat ini. Ini

dibuktikan oleh fakta sejarah yang betul. Malangnya tidak banyak fakta sejarah yang betul.

Untungnya, anjakan yang hebat dan unik di dalam sejarah manusia ini, begitu juga

dengan seribu tahun yang berprestij ini masih belum pupus. Sejarah ini tidak pupus begitu

sahaja tanpa meninggalkan sebarang warisan untuk generasi seterusnya sepertimana yang

berlaku sebelum ini.

www.mykonsis.org

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!