12.11.2015 Views

Haza Ad-Deen -Sayyid Qutb.. (1)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

As-Syahid Sayyid Qutb Di Dalam Kenangan

Beliau dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung bernama Musya, Asyout di Mesir.

Beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana dan berpegang kuat kepada

agama. Semenjak kecil lagi beliau telah berjinak-jinak dengan al-Quran dan tidak hairan jika

beliau telahpun menghafal al-Quran semenjak berusia sembilan tahun. Dalam usia yang

masih terlalu muda ini beliau telah memperlihatkan beberapa keistimewaan yang bakal

menempatkan beliau di kedudukan yang tinggi.

Walaupun masih kecil untuk memahami isi kandungan al-Quran tetapi beliau dapat

merasakan makna ayat-ayat ini bermain-main di benak fikirannya seolah-olah kandungan ayat

ini hidup di dalam khayalannya. Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh beliau. "Saya mula

membaca al-Quran ketika saya masih kecil lagi. Walaupun fikiran saya ketika itu masih tidak

cukup untuk memahami maksud dan kehendak ayat-ayat ini cuma saya dapat rasakan sesuatu.

Setiap kali saya membaca al-Quran ianya tergambar dalam khayalan saya. Gambaran ini

memang aneh tetapi saya dapat rasakan kepuasan dan keseronokannya."

Apabila dewasa beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum dan menetap di

Kaherah. Dalam usia yang masih muda ini beliau terpaksa berdikari memelihara adikadiknya,

Muhammad, Aminah dan Hamidah apabila ayah dan ibu beliau meninggal dunia.

Setelah menamatkan pengajian, beliau memulakan karier sebagai penulis sastera dan

puisi di beberapa syarikat akhbar dan majalah seperti Ahram, Risalah, Usbuk, Syarq Jadid,

Alam Arabi dan sebagainya.

Pada tahun 1948 sehingga tahun 1950 beliau telah dihantar sebagai wakil

Kementerian Pendidikan Mesir ke Amerika Syarikat bagi mengkaji sistem pendidikan di

sana. Walau bagaimanapun setelah meneliti sistem ini beliau mendapati hanya sistem

pendidikan Islam sahaja yang sesuai sebagai landasan kepada sistem pendidikan di Mesir.

Pandangan beliau ini menyebabkan beliau dituduh sebagai kolot dan jumud oleh kalangan

yang berada di dalam Kementerian Pendidikan. Seterusnya pengalaman beliau di Amerika ini

dibukukan di bawah tajuk "Amerika Yang Kulihat", menceritakan pengalaman beliau

mengenai kepalsuan demokrasi dan diskriminasi warna kulit yang wujud di Amerika dengan

membandingkan dengan Islam. Apa yang menarik, pada ketika ini beliau masih belum

mengenali dakwah Ikhwan Muslimin.

Setelah mengenali dakwah Ikhwan Muslimin beliau telah menerbitkan majalah 'Fikr

Jadid' yang menjadi medan untuk beliau mengkritik sistem kapitalis dan manipulasi golongan

atasan ke atas rakyat. Melalui majalah ini beliau menggabungkan antara fikrah dan harakah

dalam usaha untuk menegakkan panji Islam di dunia Islam.

Dalam tahun 1952, Sayyid Qutb telah dipilih sebagai anggota exco di Maktab Irsyad dan

beliau dilantik sebagai pengerusi Unit Penyebaran Dakwah di Ibu Pejabat Ikhwan Muslimin.

Pada tahun 1954, beliau dilantik sebagai ketua editor bagi akhbar 'Ikhwan Muslimin'.

Malangnya, setelah sebulan di pasaran akhbar ini telah diharamkan oleh Presiden Mesir,

Jamal Abdul Nasir kerana menentang perjanjian Mesir-British yang dimeterai oleh Jamal

Abdul Nasir dengan kerajaan British. Dalam tahun yang sama pada bulan Januari beliau

bersama-sama dengan ikhwan yang lain telah dipenjarakan di Penjara Qal'aah, Penjara Harbi,

Penjara Abu Za'bal, Penjara Liman Turoh. Walau bagaimanapun beliau dibebaskan pada

bulan Mac 1954 disebabkan oleh sakit tenat yang dialaminya.

Pada bulan Julai, 1955 beliau dipenjarakan semula, kali ini dengan hukuman penjara serta

kerja berat selama 15 tahun. Sekali lagi beliau dibebaskan semula selepas sepuluh tahun

menjalani hukuman kerana campur tangan Presiden Iraq ketika itu, Abdul Salam Arif.

Kebebasan yang diperolehi ini membolehkan beliau menumpukan tenaga beliau kepada

perkembangan dakwah dan dalam tempoh ini beliau telah menghasilkan banyak penulisan.

Buku pertama yang dihasilkan dalam tempoh ini ialah 'Fi Zilal Al-Quran'.

www.mykonsis.org

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!