dikunjungi semula

majlis daerah lundu majlis daerah lundu

sarawak.gov.my
from sarawak.gov.my More from this publisher
19.09.2015 Views

Bil. 1/2010 januari-disember 2010 MAJLIS PELANTIKAN DAN UPACARA ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MA- JLIS BAGI TEMPOH TA- HUN 2010 -2011MAJLIS DAERAH LUNDU. MAJLIS PELANTIKAN DAN UPACARA ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI MAJLIS BAGI TEMPOH TAHUN 2010 -2011 MAJLIS DAERAH LUNDU Majlis Pelantikan dan Upacara Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis bagi tempoh tahun 2010 -2011, Majlis Daerah Lundu telah diadakan pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah Lundu. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Amar Haji Adenan Bin Haji Satem, ADUN N.3 TANJUNG DATU. Turut hadir untuk memeriahkan Majlis adalah Yang Berhormat, Encik Ranum ak Mina , ADUN N. 1 OPAR serta wakil daripada parti-parti komponen BN, Ketua - Ketua Jabatan agensi Kerajaan di daerah Lundu, Ketua-Ketua Kaum/ Masyarakat serta semua Pegawai Majlis Daerah Lundu. Majlis diadakan secara sederhana tetapi penuh bermakna di mana pelantikan para ahli Majlis ini adalah secara penyambungan tempoh pelantikan, dan hanya seorang sahaja ahli baharu ( Kr. Peter Hengkai ak Bugoh ) yang dilantik dalam Majlis tersebut. PENSIJILAN 5S MDL Pada 1 April 2010 MDL telah dikunjungi oleh panel MPC untuk pensijilan 5S untuk tahun 2010. Pensijilan semula akan dilaksanakan pada bulan Mac 2011. Tahniah kepada semua kakitangan MDL yang telah terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Bil. 1/2010 januari-disember 2010

MAJLIS PELANTIKAN

DAN UPACARA ANGKAT

SUMPAH AHLI-AHLI MA-

JLIS BAGI TEMPOH TA-

HUN 2010 -2011MAJLIS

DAERAH LUNDU.

MAJLIS PELANTIKAN DAN UPACARA ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI

MAJLIS BAGI TEMPOH TAHUN 2010 -2011 MAJLIS DAERAH LUNDU

Majlis Pelantikan dan Upacara Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis

bagi tempoh tahun 2010 -2011, Majlis Daerah Lundu telah diadakan

pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah

Lundu. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Amar

Haji Adenan Bin Haji Satem, ADUN N.3 TANJUNG DATU. Turut hadir

untuk memeriahkan Majlis adalah Yang Berhormat, Encik Ranum

ak Mina , ADUN N. 1 OPAR serta wakil daripada parti-parti komponen

BN, Ketua - Ketua Jabatan agensi Kerajaan di daerah

Lundu, Ketua-Ketua Kaum/ Masyarakat serta semua Pegawai Majlis

Daerah Lundu. Majlis diadakan secara sederhana tetapi penuh bermakna

di mana pelantikan para ahli

Majlis ini adalah secara penyambungan

tempoh pelantikan, dan hanya seorang

sahaja ahli baharu ( Kr. Peter Hengkai

ak Bugoh ) yang dilantik dalam Majlis

tersebut.

PENSIJILAN 5S MDL

Pada 1 April 2010 MDL telah dikunjungi

oleh panel MPC untuk pensijilan

5S untuk tahun 2010. Pensijilan semula

akan dilaksanakan pada bulan

Mac 2011. Tahniah kepada semua

kakitangan MDL yang

telah terlibat dalam

menjayakan usaha ini.

Dari Meja Ketua Editor

PERUTUSAN

PENGERUSI

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis

Daerah Lundu di atas usaha menerbitkan buletin

ini buat pertama kalinya.

Saya amat berbangga atas kerjasama, usaha

murni dan sumbangan yang diberikan oleh semua

kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun

tidak dalam menjayakan setiap program

dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis

MAJLIS PELANTIKAN

DAN UPACARA ANGKAT

SUMPAH AHLI-AHLI MA-

JLIS BAGI TEMPOH TA-

HUN 2010 -2011MAJLIS

DAERAH LUNDU.

Semua usaha murni dan sumbangan ikhlas ini

membuktikan kecintaan dan komitmen kita terhadap

kemajuan dan kesejahteraan komuniti

setempat secara amnya.

Ini adalah bertepatan dengan cogan kata

„ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan‟

Semoga usaha ini dapat diteruskan dari semasa

ke semasa

Sekian.

En. Azmi Bin Haji Bujang

Pengerusi Majlis Daerah Lundu

HUBUNGI KAMI:

TEL: 082735501

No. Faks 082-735035

www.lundudc.sarawak.gov.my

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin-Nya buletin Majlis Daerah Lundu edisi

yang pertama berjaya diterbitkan. Sekalung penghargaan

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam menjayakannya. Dengan

penerbitan buletin ini, diharap hubungan silaturrahim

dalam kalangan warga Majlis Daerah Lundu menjadi

bertambah erat dan bersatu padu.

Penerbitan buletin edisi 01/2011 merupakan edisi khas

yang memuatkan sejarah dan latar belakang penubuhan

Majlis Daerah Lundu (MDL) di samping coretan

peristiwa yang telah dilaksanakan sepanjang tahun

2010. Keluaran edisi kali ini cukup bermakna kerana

ianya akan menjadi titik tolak kepada buletin MDL

yang bakal diterbitkan bagi edisi yang seterusnya.

Justeru, bahan-bahan yang dipaparkan diharap dapat

memberi informasi dan manfaat kepada para pembaca

seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian dan

program-program yang melibatkan warga Majlis.

Akhir kata, saya berharap penerbitan buletin ini dapat

diterbitkan secara berkala. Segala cadangan, komen atau

pandangan dari mana-mana pihak untuk memantapkan

lagi keluaran yang akan datang amatlah dialu-alukan.

Semoga dengan apa yang telah diusahakan ini akan menjadi

sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sekian, terima kasih.

SIDANG REDAKSI BULETIN BIL. 1 /2011

Penaung

En. Azmi B. Hj. Bujang

Penasihat

En. Francis Liew Shong Lee

Penyelaras

En. Jiferiyo Ak Kitok

Ketua Editor

En. Mohamad Kadri B. Rabani

Timbalan Ketua Editor

En. Abdul Azwani B. Kadri

Editor

Pn. Karen Sandra Ak Nagel Jidel

En. Federick Fazli Ak Ayon

Cik Ratina Fuffiyna Bt. Madel

En. Mohd Khairol Erman B. Anis

En. Daniel Gumis Ak Janting

Pn. Irene Ak Septimus Amit

En. David Ak Mogei

Pn. Christy Chong

Cik Litna Ak Rassip

En. Benny Lim

Grafik

Cik Suziana Bt. Matsalleh

Jurugambar

En. Jiferiyo Ak Kitok

En. David Ak Mogei

Setiausaha

Pn. Nur Hayati Bt. Mohamed Alli

2

SEJARAH MDL

Majlis Daerah Lundu telah ditubuhkan

pada 1 Januari 1953 di bawah Ordinan

Kuasa Tempatan, 1948, yang pada masa

itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa

Tempatan Daerah Lundu ( Lundu

District Authority ). Ia terletak di

bahagian Barat daya Bahagian Kuching

dan bersempadan Indonesia dengan

Kalimantan Barat.

LOGO LAMA

Pada awal tahun 1957, Pihak Berkuasa

Tempatan Daerah Lundu dibentuk

semula dan dikenali sebagai Majlis

D a e r a h L u n d u s e h i n g g a l a h

pengstrukturan semula ( Restructuring

of Local Councils ) pada tahun 1981

sampailah ke hari ini Majlis Daerah

Lundu bertanggungjawab sepenuhnya

dalam melaksanakan tugas-tugas

pengurusan dan pentadbiran Daerah

Lundu serta Daerah Kecil Sematan di

bawah Kementerian Alam Sekitar dan

Kesihatan Awam, Negeri Sarawak

Pejabat Majlis Daerah Lundu

terletak di Jalan Lundu pandan,

berdekatan dengan pekan Lundu

iaitu berhadapan dengan Sungai

B a t a n g K a y a n

Terdapat 26 orang kaunselor

termasuk Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli

Majlis oleh TYT Yang Di Pertua

N e g e r i S a r a w a k u n t u k

melaksanakan segala tanggungjawab

yang telah diamanahkan kepada

rakyat.

LOGO BARU

3

MEMANTAPKAN KEUPAYAAN

DAN KAPASITI ORGANISASI

MEMPERKUKUHKAN PENGU-

RUSAN DAN PENYAMPAIAN

PERKHIDMATAN

MEMPERKASAKAN

KECEKAPAN TADBIR

URUS MAJLIS

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN

HARMONI DAN PEMBANGUNAN

SOSIO-EKONOMI SECARA

BERTERUSAN

MEMANTAPKAN PENGURU-

SAN KEWANGAN

MENYEDIAKAN & MENYAMPAIKAN

PERKHIDMATAN YANG BEROREN-

TASIKAN KEPADA KEPERLUAN

DAN KEHENDAK MASYARAKAT

4

PERJUMPAAN KHAS DAN

SESI DIALOG SETIAUSAHA

TETAP, KEMENTERIAN

ALAM SEKITAR DAN KESI-

HATAN AWAM (KASKA)

BERSAMA KAKITANGAN

MAJLIS DAERAH LUNDU

Pada 06 April 2010 ( Selasa ), Majlis Daerah Lundu telah mengadakan

sesi Perjumpaan Khas bersama Setiausaha Tetap,

KASKA, Yang Berbahagia Dr. Penguang Manggil, sempena lawatan

rasmi ( turun padang ) beliau ke Majlis Daerah Lundu dan buat

julung kalinya sesi dialog di antara semua kakitangan Majlis ini telah diadakan bersama beliau. Turut hadir ke perjumpaan

ini adalah Tuan Pengerusi Majlis, Encik Azmi Bin Bujang, Timbalan Pengerusi, Kr. Chen Chung Yee,

Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Majlis, Kr. Jumahdi Bin Sabian serta Kr. Abdul Razak Bin Abdul Wahab. Setiausaha

Majlis, Encik Francis Liew Shong Lee dalam sesi tersebut telah menyampaikan taklimat ( Presentation )

mengenai Operasi Majlis Daerah Lundu dan menyentuh beberapa perkara berkaitan termasuk Pelan Strategik, KPI,

Amalan 5S, KFA, Local Agenda 21, Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Jawatankuasa Pengurusan

Aduan dan Maklum balas Pelanggan. Yang Berbahagia Dr. Penguang Manggil, dalam sesi perjumpaan ini turut

menyampaikan amanat.

BENGKEL PELAN

INTEGRITI ORGANISASI

(PIO)

MAJLIS DAERAH LUNDU

En. Peter Jambai Memberi

penerangan kepada

kakitangan MDL

Bengkel Pelan Integriti Organisasi (PIO) Majlis Daerah Lundu

diadakan dengan kerjasama „SMART MANAGEMENT DEV-

LOPMENT‟ ( Encik Peter Jambai) selaku fasilitator, dilaksanakan

sehari suntuk pada 09 Ogos 2010 (Isnin), bertempat di Dewan

mesyuarat, MD Lundu. Bengkel ini telah melibatkan 25

orang Pegawai Majlis yang terdiri daripada kumpulan sokongan

I & II. PIO menggariskan strategi dan program integriti

yang akan dilaksanakan oleh MAJLIS DAERAH LUNDU bagi

jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Bengkel ini bertujuan

untuk meningkatkan integriti seluruh staf Majlis, memerangi

jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan bagi

memastikan penyampaian perkhidmatan PBT dan pembangunan

sosioekonomi yang cekap, cepat, berkualiti dan berintegriti. Selain

untuk menyahut cabaran keempat Wawasan 2020, PIO MD

Lundu juga untuk menepati kriteria/ indikator Sistem Penarafan

Bintang PBT, Negeri Sarawak.

5

PROGRAM LOCAL AGENDA

21

Program Local Agenda 21 telah dilancarkan

dengan rasminya oleh Datuk Seri Panglima

Hj. Lajim bin Hj. Ukin, Timbalan Menteri

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia

pada 16 Januari 2010 bertempat di Perkarangan

Pasar Tamu Lundu. Pelbagai

aktiviti dirancang di bawah

program ini bermula dari tahun

2010 dan akan dilaksanakan

secara berterusan dari tahun ke

tahun.

Seminar Local Agenda

21

Antara aktiviti yang telah dijalankan di bawah

program Local Agenda 21 ialah Seminar Local

Agenda 21 yang diadakan pada 23 Jun 2010.

Seramai 80 peserta yang terdiri daripada Ahli

Majlis, Ketua Kaum, Agensi Kerajaan, (NGO)

dan para pelajar sekolah menengah

yang bertujuan untuk memberi pendedahan

dan membincangkan isu alam

sekitar, sosial dan keselamatan terutama

yang berkaitan dengan masyarakat

tempatan. Seminar tersebut telah

dirasmikan oleh Pengerusi Majlis

Daerah Lundu, En. Azmi Bin Hj. Bujang..

6

BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

MAJLIS DAERAH LUNDU

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Majlis Daerah Lundu telah diadakan selama

tiga hari iaitu pada 13 hingga 15 Oktober 2010 dengan kerjasama „SMART MANAGEMENT

DEVLOPMENT‟ ( Encik Peter Jambai ), selaku fasilitator, bertempat di Dewan Mesyuarat, Majlis

Daerah Lundu. Seramai 30 orang Pegawai Majlis telah terlibat secara langsung dalam

bengkel ini yang terdiri daripada

kumpulan sokongan I & II termasuk

Anggota Siswazah di bawah Capacity

Building For Graduate (CBG). Bengkel

Ini merupakan usaha-usaha inovasi

dan kreatif secara menyeluruh serta

merentasi peringkat anggota dan bahagian.

Bengkel KIK dikendalikan

dengan menggunakan teknik pembelajaran

dewasa dan „experiential

learning‟ dengan objektif untuk memperbaharui

dan meningkatkan pengetahuan

setiap pegawai yang terlibat

mengenai konsep, operasi dan falsafah

KIK. Selain itu, KIK Komited ke arah

berkenaan serta selaras dengan keperluan

dalam Sistem Penarafan Bintang PBT, Sarawak.

7

BENGKEL PETUNJUK PRESTASI

UTAMA (KPI)

Satu Bengkel berkaitan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) telah diadakan

pada 13 hingga 14 Januari 2010 yang bertempat di Dewan Mesyuarat,

Majlis Daerah Lundu (MDL). Bengkel ini telah disampaikan

dengan jayanya oleh En. Peter Jambai yang merupakan penceramah

di SMART Management Development. Bengkel ini merupakan hasil

anjuran bersama Majlis Daerah Lundu dan SMART Management

Development.

Seramai 22 orang

kakitangan MDL

telah menyertai

bengkel ini dan

mereka ini merupakan

pihak pengurusan

MDL

yang terdiri daripada

ketua jabatan,

ketua unit

dan staf sokongan

yang lain.

BENGKEL MOTIVASI

“MEMBINA PASUKAN

PRESTASI TINGGI”

Satu Bengkel berkaitan motivasi “membina pasukan prestasi

tinggi” telah diadakan pada 30 Julai 2010 yang bertempat di

Bilik Latihan, Majlis Daerah Lundu. Bengkel ini telah disampaikan

dengan jayanya oleh En. Yusuf Lotot yang merupakan

penceramah yang dijemput dari EgenTwentyOne Resources.

Bengkel motivasi membina pasukan prestasi tinggi

ini hanya mensasarkan kepada kumpulan daripada

pegawai sokongan II, Majlis Daerah Lundu sahaja.

Kursus sehari ini dikendalikan melalui kaedah praktikal

dan perkongsian pengalaman melalui simulasi

permainan/diskusi/perkongsian/pengalaman/kaedah

bagaimana (how-to). Kaedah formal dan “syarahan”

pembelajaran adalah pada tahap minima. Simulasi

aksi terancang dan pembelajaran aktif akan dilaksanakan

oleh para peserta dalam kursus ini, di mana

pengalaman ini akan dikongsi dan diaplikasi bersama

staf-staf lain dalam organisasi.

8

Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dengan kerjasama Pejabat Daerah Lundu,

Majlis Daerah Lundu serta Yayasan Jantung Sarawak (SHF) telah mengadakan Program Lundu Cergas

yang dilaksanakan pada 7 hingga 9 Mei 2010 bertempat di Perpustakaan Awam Lundu dan perkarangan

Stadium Mini Lundu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Sri Datin Amar Dato

Hajah Jamilah Haji Anu, dari Yayasan Jantung Sarawak. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan

jayanya termasuklah ceramah Motivasi, Saringan Kesihatan, Pameran Rakan Cop dan Anti Dadah,

Senam Kenyalang, Sukaneka, dan Pertandingan

Mewarna untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Objektif utama program adalah untuk memberi

kesedaran kepada masyarakat setempat tentang

pentingnya menjaga kesihatan bagi setiap peringkat

umur serta pelbagai lapisan masyarakat.

9

Lundu dan Sematan merupakan program terbesar Daerah Lundu bagi

tahun 2010 yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 16,17 dan 18

Julai di perkarangan Pekan Sematan dan Pekan Lundu. Program dianjurkan

bersama Majlis Daerah Lundu dan Pejabat Daerah Lundu dengan

kerjasama jabatan dan agensi-agensi lain. Majlis pelancaran program ini

telah disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud,

Ketua Menteri Sarawak.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti

pameran daripada agensi kerajaan dan

bukan kerajaan, jualan barangan kering

dan basah, aktiviti riadah serta sukan

rakyat yang mendapat sambutan yang

cukup menggalakkan daripada masyarakat

setempat. Majlis Daerah Lundu juga

tidak ketinggalan dengan membuka

Kaunter Khidmat Pelanggan MDL yang

bertujuan untuk memperkenalkan

perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan

oleh pihak Majlis. Selain itu,

pengunjung juga berpeluang untuk membuat

pembayaran cukai taksiran, mendaftar

sebagai ahli perpustakaan, membuat

aduan awam dan mengisi borang maklum

balas pelanggan. Cenderahati akan diberikan

kepada pengunjung yang telah berurusan

di Kaunter Khidmat Pelanggan

tersebut.

PASAR TANI LUNDU

Pihak FAMA bersama Pejabat Daerah Lundu selaku

pengelola telah memilih tapak berhampiran Pangkalan

Feri Kampung Stunggang Melayu bagi menganjurkan

Pasar Tani pada 30 dan 31 Oktober 2010 yang dirasmikan

oleh YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar,

Ahli Parlimen P.193 Santubong. Pelbagai hasil pertanian

yang segar dijual selain hasil tangkapan nelayan, produk

hasil tani dan kraftangan tempatan yang beraneka pilihan.

Pihak Majlis turut memberi kerjasama dalam menjayakan

program tersebut dengan menyediakan tapak

perniagaan disamping keperluan-keperluan lain semasa

program berlangsung. Pihak FAMA merancang mulai

tahun 2011, Pasar Tani akan

diadakan pada setiap hujung

bulan selama dua hari

berturut-turut. Pasar Tani

ini juga diselitkan dengan

pelbagai aktiviti sampingan

yang dijayakan oleh JKKK

Kampung Stunggang Melayu

seperti pertandingan memasak,

karaoke, tarian pocopoco,

pertandingan memancing

dan sebagainya.

10

Para pegawai Bahagian Kesihatan Awam telah berkunjung ke beberapa

buah kampung bagi menjayakan salah satu Program Local

Agenda 21 ini. Program Pengurusan Sisa Buangan Dapur dan Kitar

Semula ini melibatkan lima buah kampung iaitu Kampung Biawak,

Kampung Raso 1, Kampung Telok Melano, Kampung Kangka dan

Kampung Perundang. Melalui program tersebut, penduduk kampung

telah diperkenalkan dengan “Household Composting”. Disamping

memberi penerangan mengenai faedah-faedah daripada kaedah

tersebut, para pegawai juga melakukan demonstrasi bagi menunjukkan

cara-cara menghasilkan baja kompos. Program tersebut

telah mendapat

kerjasama serta

sambutan yang

amat menggalakkan

daripada penduduk

kampung

yang terlibat.

BAZAAR RAMADAN

LUNDU, Khamis, 11 Ogos 2010 - Perasmian Bazar Ramadan telah

disempurnakan oleh Pegawai Daerah Lundu iaitu Encik Azmi Bujang.

Perasmian tersebut diadakan di perkarangan pasar tamu pekan daerah

ini. Pihak Majlis Daerah Lundu

(MDL) memberikan permit

kepada 25 orang peniaga untuk

menjual pelbagai aneka juadah

berbuka puasa bermula 11 ogos

hingga penghujung Ramadan

ini.Terdapat pelbagai aneka

juadah dijual di bazar ini antaranya

ikan panggang, satay, pelbagai

jenis kuih muih, minuman,

mee kari, laksa sarawak, ayam panggang

dan sebagainya.

Selain Lundu, Bazar Ramadan juga dibuka

di daerah kecil Sematan dan pada majlis

tersebut, turut diadakan pengagihan bubur

lambuk kepada kakitangan MDL serta

tetamu jemputan yang hadir.

11

HOUSE INSPECTION AND

VECTOR CONTROL

PROGRAMME’ BERSAMA

PELATIH KOLEJ

KESIHATAN AWAM

KUCHING.

Kumpulan pelatih daripada Kolej Kesihatan

Awam Kuching sekali lagi ke Majlis

Daerah Lundu pada 23 April 2010

untuk program „House Inspection and

Vector Control‟. Pegawai Bahagian Kesihatan

Awam Majlis diberi kepercayaan untuk memberi

latihan secara praktikal kepada para pelatih

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

(PPKP) berkenaan cara pemeriksaan premis

makanan di Pekan Lundu.

BRIEFING ‘SCAVENGING

SERVICE AND DUMPING

GROUND’ BERSAMA

PELATIH KOLEJ

KESIHATAN AWAM

KUCHING.

Pada 13 April 2010, pihak Majlis dijemput untuk mem

beri taklimat serta pendedahan berkaitan pengurusan sisa

pepejal kapada para pelatih Kolej Kesihatan Awam

Kuching. Taklimat disampaikan Oleh Penolong Pegawai

Kesihatan Persekitaran, En. Peter Chong Soon Lian

bertempat di Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah Lundu.

Setelah selesai sesi taklimat, para pelatih dibawa melawat

ke tapak pelupusan sampah oleh pegawai Majlis Daerah

Lundu.

12

Kempen Pembersihan

Pantai dan Sungai

Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Kempen

Pembersihan Pantai dan Sungai pada 4 dan 5

Disember 2010 yang dirasmikan oleh Tuan

Pengerusi Majlis Daerah Lundu, En. Azmi Bin

Hj. Bujang. Kempen tersebut telah disertai pelbagai

agensi dan badan kerajaan, badan bukan

kerajaan serta penduduk kampung berhampiran.

Kawasan yang terlibat ialah Pantai Pandan,

Lundu dan Pantai Pueh, Sematan.

13

BAHAGIAN PENGUATKUASA

MEMBUAT PEMERIKSAAN LESEN DI PREMIS

PERNIAGAAN

Pemeriksaan Lesen di premis-premis perniagaan adalah di

bawah bidang kuasa Unit Perlesenan dan Unit Penguatkuasa

Majlis Daerah Lundu. Pemeriksaan dijalankan secara berkala

mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sepanjang tahun

2010, sebanyak 225 buah premis perniagaan telah di periksa. Ini

termasuklah kedai-kedai kampung dan gerai – gerai majlis. Hasil

daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 175 kompaun dikenakan

terhadap peniaga yang membabitkan kesalahan seperti gagal

memperbaharui lesen dan barang jualan tidak

mengikut senarai seperti yang tertera di

dalam lesen.

BANNER

Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Lundu bertanggungjawab

membuat pemantauan terhadap

banner atau kain rentang yang digantung di kawasan

seliaan pihak Majlis merangkumi kawasan

Lundu dan Sematan. Setiap banner atau kain rentang

yang hendak digantung di kawasan seliaan

pihak Majlis perlu mendapat kebenaran dan

pemilik banner hendaklah memohon permit terlebih

dahulu. Sebanyak 115 keping banner pelbagai

saiz dan bentuk telah

digantung pada tahun 2010.

Kadar bayaran untuk menggantung

banner pula adalah

tertakluk kepada saiz dan

bilangan banner yang hendak

digantung.

14

Di Kampung Stungkor Baru pada

sebelah siang hari

Penduduk kampung bertanya tentang

Cukai Taksiran

HARI BERSAMA PELANGGAN 2010

“Hari Bersama Pelanggan” iaitu Kaunter Bergerak merupakan aktiviti

bahagian Penilaian dan Percukaian yang dilaksanakan sepanjang

tahun. Kaunter Bergerak ini bertujuan untuk memudahkan

penduduk di Daerah Lundu khususnya para penduduk kampung untuk

membayar tunggakan cukai taksiran (cukai rumah). Kaedah ini

ternyata berkesan kerana mereka yang mempunyai kerumitan untuk

datang ke pejabat Majlis hanya perlu menunggu pihak Penilaian

dan Percukaian membuka kaunter di setiap kampung yang terlibat

mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Di Kampung Stom Muda pada sebelah

malam

Penduduk kampung yang menunggu

giliran untuk membayar Cukai Taksiran

15

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA 2010

Aktiviti Galakan Membaca merupakan program tahunan yang dianjurkan

oleh pihak Perpustakaan, Majlis Daerah Lundu dengan kerjasama

Pustaka Negeri Sarawak. Program bertujuan untuk memupuk

minat membaca khasnya di kalangan pelajar sekolah rendah selain

mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar

tentang kepentingan perpustakaan sebagai gedung ilmu dalam kehidupan

seharian. Dengan usaha ini diharapkan generasi terbabit

akan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya dalam melahirkan

masyarakat yang berpengetahuan, sentiasa terdedah

kepada isu semasa serta memiliki idea-idea baharu.

Bagi tahun 2010, Aktiviti galakan Membaca dilaksanakan

sepanjang bulan Julai hingga Oktober melibatkan 14 buah

sekolah yang terpilih di bawah kendalian tujuh buah Perpustakaan

Desa di sekitar Daerah Lundu dan Sematan dimana

upacara perasmian disempurnakan oleh Ahli-ahli

Majlis yang mewakili kawasan tersebut.

Program „Membership Drives‟ dan „Buku Kawanku‟ dilaksanakan serentak bermula

pada bulan Oktober hingga Disember 2010. Program ini adalah yang julung

kali diadakan oleh pihak Perpustakaan, Majlis Daerah Lundu yang melibatkan

tujuh buah Tabika Kemas di sekitar Daerah Lundu dan Sematan.

„Membership Drives‟ adalah program yang memberi peluang kepada mereka

yang ingin mendaftar untuk menjadi ahli perpustakaan tanpa dikenakan sebarang

bayaran. Ianya dijalankan pada awal November sehingga penghujung

Disember 2010 sahaja. „Buku Kawanku‟ pula merupakan tema bagi aktiviti

membaca yang diadakan di setiap Tabika yang terlibat dan turut diadakan di Perpustakaan

Awam, Majlis Daerah Lundu. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah

untuk memberi gambaran awal kepada kanak-kanak Tabika tentang apa itu

„Perpustakaan‟ serta kepentingannya, seterusnya memberi informasi tentang

perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan Majlis disamping dapat

membantu menarik minat kanak-kanak untuk berkunjung ke perpustakaan dan

menyemai budaya membaca dalam jiwa mereka.

16

PROJEK – PROJEK MAJLIS TAHUN 2010

TAMAN TASIK SEMATAN

Taman Tasik Sematan menjadi pilihan masyarakat sekitar

untuk melakukan aktiviti riadah di samping tempat

berehat bagi mereka yang datang berkunjung ke Pekan

Sematan. Taman ini yang dahulunya dikenali sebagai

Tasik Sematan kerana keseluruhan kawasan taman merupakan

sebuah tasik buatan namun sudah tidak berfungsi

kerana tidak dapat menakung air dengan sempurna.

Oleh yang demikian, bermula pada tahun 2008,

Majlis telah mengambil langkah untuk membaikpulih

dan menukar kawasan tasik tersebut kepada sebuah taman

awam yang lebih cantik dan bermanfaat

kepada setiap pengunjung.

Antara kemudahan yang disediakan

adalah seperti peralatan senaman, trek

untuk berjoging, bangku dan pondok

rehat.

NAIKTARAF PARIT MONSOON

Projek naiktaraf Parit Monsoon dimulakan pada

18 Mei dan siap dibina pada 17 Ogos 2010. Parit

Monsoon adalah parit yang bersebelahan pejabat

Majlis Daerah Lundu dan Taman Jubli Perak. Tujuan

naiktaraf adalah untuk menjadikan Parit

Monsoon sebagai

parit utama untuk

mengalirkan air dari

parit-parit kecil keluar

ke sungai. Pembinaannya

juga dapat

mengurangkan risiko

banjir kilat yang sering

berlaku sebelum

ini terutamanya pada

musim tengkujuh.

17

TAPAK LETAK KERETA DI

KAWASAN PANGKALAN

(WHARF) PEKAN LUNDU

Pekan Lundu yang semakin pesat membangun sedikit sebanyak

telah menyumbang ke arah pembinaan tapak letak kereta tambahan

ini. Beberapa lokasi yang sesuai

telah dibina tapak letak kereta tambahan

ini antaranya di kawasan pangkalan

Jeti (Wharf) Pekan Lundu, Pasar

Tamu dan beberapa kawasan di sekitar

pekan Lundu. Tapak letak kereta tambahan

ini menyediakan lebih 40 lot

tempat letak kereta. Pembinaan tempat

letak kereta ini banyak membantu penduduk

setempat dalam menjalankan

urusan seharian dan mengurangkan

kadar masalah kesesakan lalulintas di

pekan Lundu.

TEMPAT LETAK KERETA

AWAM SMK SEMATAN

Masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak

kereta di SMK Sematan menyebabkan pihak sekolah

membuat keputusan untuk membina satu tapak letak

kenderaan yang baharu. Dengan hanya mengambil masa

tiga bulan, tempat letak kereta awam SMK Sematan siap

dibina sepenuhnya oleh kontraktor yang berkenaan pada

penghujung bulan Ogos 2010. Tapak ini

dibina bertujuan untuk menyediakan tempat

letak kenderaan yang selamat di samping memudahkan

para ibu bapa menunggu pelajar

balik dari sekolah. Masalah kesesakan juga

berkurangan kerana kenderaan tidak lagi diletakkan

di tepi jalan utama di hadapan sekolah

berkenaan.

18

SUKAN BERSAMA JABATAN

(27 Mac 2010)

Sukan Bersama Jabatan diadakan sempena lawatan ahli

Kelab Majlis Daerah Bau (MDB) ke Majlis Daerah

Lundu (MDL) yang dijalankan di Stadium Tertutup,

Kompleks Sukan Lundu. Tujuan aktiviti ini dijalankan

adalah untuk mengeratkan hubungan

silaturrahim antara kakitangan bagi

kedua-dua belah pihak Majlis. Pelbagai

acara telah dipertandingkan iaitu bola

tampar, ping pong, dart dan futsal yang

sebelumnya dimulakan dengan aktiviti

senamrobik.

19

RAMAH TAMAH

SEMPENA GAWAI

DAYAK

Majlis Ramah Tamah sempena

sambutan Hari Gawai Dayak

telah diadakan bagi semua

kakitangan Majlis Daerah

Lundu. Pada majlis yang

sama juga diadakan Majlis

Perpisahan Bersama En.

Chong Ju Siong sempena persaraan

beliau pada 11 Julai

2010.

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERSARAAN

KAKITANGAN (03 November 2010)

Majlis Makan Malam sekali lagi diadakan pada 3

November 2010 bertempat di Stadium Tertutup,

Kompleks Sukan Lundu yang melibatkan kakitangan

Majlis Daerah Lundu. Majlis Persaraan juga

diadakan serentak dengan majlis tersebut bagi

memberi penghargaan kepada dua orang kakitangan

yang

b e r akhir

perkhidmatannya

pada tahun

lepas

iaitu Encik

Peter

C h o n g

Soon Lian

dan Encik

Satap ak

Manggis. Majlis juga diselitkan dengan beberapa aktiviti

melibatkan kanak-kanak yang memeriahkan

lagi majlis pada malam tersebut.

20

LAWATAN MUHIBAH KE MAJLIS

DAERAH SIMUNJAN

(18 – 19 Disember 2010)

Kelab KESOREK MDL telah membuat lawatan

muhibah ke Majlis Daerah Simunjan pada 18

hingga 19 Disember yang lalu. Ia merupakan

program yang cukup bermakna bagi ahli kelab

Majlis Daerah Lundu kerana dapat mengeratkan

lagi hubungan antara kakitangan kedua-dua

Majlis serta dapat menikmati pemandangan

yang menarik di sekitar

daerah Simunjan. Antara aktiviti

yang dijalankan sepanjang

lawatan selama dua hari

tersebut ialah Majlis Makan

Malam serta perlawanan persahabatan

seperti badminton,

dart, bola tampar dan futsal.

MAJLIS RAMAH

TAMAH AIDILFITRI BERSAMA

KAKITANGAN MAJLIS

Pada 24 September 2010, Kelab Sosial dan

Rekreasi MDL telah mengadakan Majlis

Ramah Tamah Aidilfitri bersama kakitangan

Majlis yang dilangsungkan di Dewan Per-

P u s t a k a a n A w a m

Lundu. Pelbagai aktiviti

telah dijalankan seperti

cabutan bertuah, karaoke

dan sebagainya.

Program ini bertujuan

untuk mengeratkan lagi

hubungan antara kakitangan

di Majlis Daearh

Lundu

21

PERTANDINGAN FUTSAL

5 SEBELAH

(11 – 12 Disember 2010)

Pada 11 dan 12 Disember 2010, pihak Kelab

Sosial dan Rekreasi (KESOREK) MDL telah

menganjurkan pertandingan Futsal 5 Sebelah

Tertutup Daerah Lundu. Pertandingan yang

pertama kali dianjurkan ini telah mendapat

sambutan menggalakkan daripada masyarakat

daerah Lundu dengan penyertaan

sebanyak 29 pasukan bagi kategori

lelaki dan 6 pasukan kategori wanita.

Tujuan mengadakan pertandingan ini

adalah untuk merapatkan hubungan

silaturrahim antara pihak Majlis

Daerah Lundu dengan masyarakat

serta memupuk semangat kesukanan

22

21

PENASIHAT

BULETIN MDL

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!