12.07.2015 Views

GIS Sana Sini - Malaysia Geoportal

GIS Sana Sini - Malaysia Geoportal

GIS Sana Sini - Malaysia Geoportal

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kearah BandarSelamat12BULETIN GEOSPATIAL Sektor Awam Edisi 2/2010KE ARAH BANDAR SELAMAT :PENCEGAHAN JENAYAH BANDAR MELALUIPERKONGSIAN PEMETAAN GIS HOTSPOT JENAYAHDisediakan Oleh:Zaini Nordin 1 , Nor Shah Mohd Saad 2 .ABSTRAKProgram Bandar Selamat adalah inisiatif oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanMalaysia dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM),Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Yayasan Pencegahan JenayahMalaysia (MCPF). Inisiatif yang bermula sejak Januari 2004 dan dipantau oleh JPBD SemenanjungMalaysia ini mengandungi 3 teras strategi yang terdiri daripada 23 langkah pencegahan khusus untukmencegah jenayah bandar dengan matlamat untuk menjadikan bandar-bandar di Malaysia selamatdan sejahtera.Salah satu daripada 23 strategi tersebut ialah ‘Perkongsian maklumat jenayah melalui ‘GIS-Based CrimeMapping.’ Kertas kerja ini akan menggariskan panduan untuk membangunkan pemetaan jenayahbandar menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengenal pasti kawasan-kawasankerap berlaku jenayah (Crime Prone Area) atau disebut kawasan ‘hotspot’ jenayah dan seterusnyaberkongsi maklumat pemetaan jenayah ini dalam strategi membenteras jenayah oleh PDRM dan PBT.Bahagian Pertama menerangkan pendahuluan dan proses perolehan data-data jenayah dariPDRM. Jenis-jenis data jenayah yang diperlukan untuk tujuan analisis jenayah diterangkandi Bahagian ketiga nanti. Bahagian kedua menerangkan proses ’Geocoding’, iaitu peringkat pentingdalam menspatialkan data-data jenayah PDRM untuk membentuk ’peta alamat’ jenayah bandar.Di sini diterangkan proses ’Geocoding’ dan limitasi-limitasi yang dihadapi. Bahagian ketigaadalah proses analisis spatial GIS untuk menghasilkan pemetaan hotspot jenayah bandar. Bahagianini akan menerangkan dengan terperinci hasil pemetaan hotspot mengikut jenis jenayah dananalisa tentang waktu-waktu jenayah kerap berlaku. Bahagian keempat dan terakhir akan menerangkanfaedah dan bagaimana pemetaan jenayah bandar ini dapat membantu mencegah jenayahbandar di masa hadapan dan seterusnya panduan untuk berkongsi maklumat jenayah antaraPBT, PDRM dan masyarakat setempat.Kata kunci : Pemetaan Jenayah Bandar, Hotspot, Geocoding, Sistem Maklumat Geografi (GIS), WebBased Crime Mapping, Program Bandar Selamat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!