12.07.2015 Views

sini - UKM Medical Centre - Universiti Kebangsaan Malaysia

sini - UKM Medical Centre - Universiti Kebangsaan Malaysia

sini - UKM Medical Centre - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Fakulti Perubatan • 59Penerangan Mengenai FakultiFakulti PerubatanLatar BelakangFakulti Perubatan telah ditubuhkan pada 30 Mei 1972 dengan Dekan pertama Dato’ Dr.Amir Abas. Tujuan penubuhan Fakulti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajarpelajaraliran kebangsaan mengikuti kursus perubatan dan dapat melahirkan ramai doktordoktorMelayu dan tempatan. Fakulti ini memulakan kursus pra-perubatan di Fakulti SainsUKM Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada Mei 1973 dengan pengambilan seramai44 orang pelajar (39 lelaki dan 5 perempuan). Kursus perubatan praklinikal bermula padabulan Mei 1974 di bangunan sementara Fakulti Perubatan di Jalan Raja Muda Abdul Azizdalam Kompleks Hospital Kuala Lumpur. Pada 27 Februari 1975, Menteri KesihatanTan Sri Lee Siok Yew telah mengisytiharkan Hospital Kuala Lumpur sebagai HospitalPengajar Fakulti Perubatan UKM bagi latihan tahun klinikal.Pada awal penubuhannya, Fakulti Perubatan telah mendapatkan khidmat tenagapengajar pinjaman dari Indonesia untuk pengajaran praklinikal dan dari negara-negaraCommonwealth untuk pengajaran klinikal sementara menunggu pensyarah-pensyarahpelatih UKM kembali dari latihan perubatan di luar negara. Peperiksaan Ikhtisas AkhirIjazah Doktor Perubatan yang pertama telah diadakan pada 19 hingga 31 Mac 1979dan daripada 42 orang pelajar yang mengambil peperiksaan, 37 daripadanya telah lulusdan dikurniakan Ijazah Doktor Perubatan. Ini merupakan detik gemilang bagi FakultiPerubatan khasnya dan UKM amnya kerana telah berjaya mengeluarkan graduan pertamaIjazah Doktor Perubatan. Fakulti juga telah memulakan program sarjana kepakaranperubatan mulai sesi 1981/82 bermula dengan Sarjana Surgeri (Surgeri Am) dan SarjanaSurgeri (Ortopedik) dan diikuti dengan Sarjana Sains Perubatan dan Doktor Falsafah.Pada awal 1990, Fakulti bercadang menubuhkan hospital pengajarnya sendiri danpada 2 November 1993 pembinaan Hospital UKM (HUKM) telah dimulakan di tapakseluas 23 hektar di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, Cheras. Pada 1 Julai 1997 HUKMtelah siap dan memulakan operasinya. Pejabat Dekan dan jabatan-jabatan klinikal telahberpindah ke kompleks HUKM sementara jabatan-jabatan praklinikal masih mendiamikampus Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan pelajar-pelajarnya menginap di Kolej TunDr. Syed Nasir, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur; sementara pembelajaran Tahun III, IV,dan V dilakukan di HUKM dan pelajarnya menginap di Kolej Tun Dr. Ismail. HUKMmempunyai keluasan lantai 200,000 meter persegi, kos pembinaannya bernilai RM327,822,000.00 dan boleh menampung 1054 katil pesakit. Fakulti juga menawarkanprogram-program kejururawatan seperti Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian,Diploma Kejururawatan dan Diploma Lanjutan Kebidanan. Fakulti juga telah mengoraklangkah dengan menawarkan program Sarjana Kepakaran Lanjutan seperti SarjanaLanjutan Dermatologi, Sarjana Lanjutan Kardiologi dan Sarjana Lanjutan Psikiatri Kanakkanakdan Remaja. Sehingga kini, Fakulti Perubatan telah melahirkan 4423 orang doktorperubatan dan lebih 2100 orang pakar klinikal.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!