12.07.2015 Views

sini - UKM Medical Centre - Universiti Kebangsaan Malaysia

sini - UKM Medical Centre - Universiti Kebangsaan Malaysia

sini - UKM Medical Centre - Universiti Kebangsaan Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Latar BelakangUniversiti Kebangsaan MalaysiaCetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlakudalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulisberkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakanpemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkansebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasapengantar di institusi pengajian tinggi dalam negara bermula pada 1923 apabilaAbdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandumgagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dantekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagaihalangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaanmenjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaanbangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuksebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universitikebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongankerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yangmemartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajiandan keilmuan. Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan denganpenubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970. Kumpulanpertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua (2) orang siswazah mulamendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti PengajianIslam.Pada 1974, UKM menubuhkan UKM Kampus Sabah di Kebun Kawang, Papar.Nama Kebun Kawang kemudiannya ditukar kepada Limauan oleh Tun Datu MustaphaDatu Harun yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Sabah. Kampus yang menempatkanFakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada1980. Seterusnya berpindah ke Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti SainsPembangunan yang asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi. Dengan penubuhanUniversiti Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminyapada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk Bangi,Selangor.Universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggiawam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas (13) fakulti dan enam belas (16)institut kecemerlangan penyelidikan. UKM juga mempunyai entiti yang beroperasisecara komersial, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. sebagai satu pendekatan praktis

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!