FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia
FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia
FINAL VERSION FOR APPROVAL - Sdn Bhd - WWF Malaysia
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Gunung Stong State Park Preliminary Management Plan

Program Penyelidikan Bersepadu

Adalah amat penting supaya penyelidikan terus dijalankan di TNGS kerana hasil kajian

tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan Taman Negeri.

Tambahan lagi, penemuan baru akan memanfaatkan Taman Negeri dari segi promosi dan

peluang pemasaran. Bidang kajian utama harus dikenalpasti dan ini boleh merangkumi kajian

dalam pemuliharaan hidupan liar (misalnya dengan menggunakan kamera perangkap atau

pengesan satelit, terutamanya untuk memahami corak penghijrahan), daya tampung, analisa

kos-faedah, pemulihan hutan dll.

Kaedah Pengutipan Spesimen

Kaedah untuk pengutipan specimen harus diperketatkan, untuk mengelakkan daripada

pencurian sumber biologi (“bio-piracy”) dan kehilangan hak paten, dan menggalakkan

perkongsian faedah daripada modal kepelbagaian biologi yang wujud di TNGS. Oleh kerana

TNGS tidak mempunyai herbarium, dicadangkan supaya salinan spesimen tumbuhan

disimpan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Salinan spesimen

haiwan pula boleh disimpan di Institut Kepelbagaian Biologi di Bukit Rengit, Krau, ataupun

institusi lain yang sesuai.

Promosi TNGS di Kalangan Penyelidik

TNGS harus dipromosi secara agresif sebagai destinasi penyelidikan di kalangan penyelidik

tempatan dan luar negara. TNGS juga harus menjalinkan perhubungan dengan universitiuniversiti

tempatan tertentu, terutamanya yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan

berkaitan dengan hortikultur dan pembiakan tumbuhan, penambahbaikan tanaman kontan dan

farmaseutikal, untuk meraih hasil yang sebanyak mungkin daripada pelaburan dalam

pemuliharaan.

Promosi Pelancongan dan Pemasaran

Satu atau lebih ikon harus dipilih untuk mewakili Jabatan Perhutanana Negeri, dan untuk

digunakan dalam penjenamaan produk. Ikon-ikon tersebut boleh digunakan dalam logo rasmi

Taman Negeri dan seterusnya digunakan dalam kepala surat, papan tanda dan penerbitan

Taman Negeri. Dicadangkan supaya spesis pokok palas endemik iaitu Licuala stongensis

digunakan sebagai ikon untuk melambangkan TNGS. Usaha untuk mempromosi Taman

Negeri harus diarahkan kepada pelancong eko, dan Taman Negeri perlu mengadakan

perkongsian dengan pihak media yang menyokong kumpulan sasaran ini.

Pengurusan dan Penyelenggaraan Stong Resort

Sekiranya Stong Resort tidak diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri,

suatu persetujuan perlu diadakan dengan pengurusan resort tersebut untuk menempatkan

pejabat lapangan Taman Negeri di situ. Modal pembangunan perlu untuk memperbaiki

infrastruktur yang sedia ada di Stong Resort dan penaiktarafan tapak perkhemahan dan

pondok-pondok di Kem Baha, di samping pemasangan beberapa jenis papan tanda di lokasilokasi

sesuai.

Papan Tanda

Terdapat beberapa tujuan papan tanda diperlukan di TNGS – sebagai suatu alat pandu arah,

sebagai suatu keadah untuk menyampaikan maklumat berkenaan Taman Negeri (termasuk

garispanduan tatatertib) kepada para pelawat, dan juga untuk mendidik para pelawat

(contohnya, melalui papan tanda interpretasi). Untuk mengelakkan kekeliruan, papan tanda

amaran, papan tanda navigasi dan papan tanda interpretasi, harus diberikan kod warna

berasingan.

xiv