02.03.2014 Views

Kembara PLUS - 2014 Jan Feb

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PLUS NEWS

PERSIMPANGAN BERTINGKAT

SUNGAI BUAYA ATASI MASALAH

PENDUDUK SEKITAR

PLUS NEWS

Persimpangan Bukit Gambir pacu

Pembangunan kawasan sekitar

Masalah kesesakan lalulintas di jalan negeri/persekutuan

dan akses terus ke Lebuhraya Utara-Selatan bagi

penduduk di Sungai Buaya dan kawasan sekitarnya kini

terlerai apabila Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya

dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia,

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, 9 Januari

lalu.

Menurut Noorizah, kerja-kerja pembinaan persimpangan

yang bernilai RM87 juta ini bermula pada pertengahan

2011 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2013.

Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya terletak di

KM434.7 di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di antara

Persimpangan Bertingkat Rawang dan Persimpangan

Bertingkat Bukit Beruntung. Ia merupakan strategi

Kerajaan dan PLUS untuk membangunkan kawasan

Hulu Selangor untuk faedah masyarakat setempat.

“Persimpangan Bertingkat sepanjang 1.5 kilometer ini

dilengkapi dengan sebuah plaza tol berkapasiti 8 lorong

(termasuk lorong elektronik), surau, tandas awam,

wakaf, kawasan meletak kenderaan dan lain-lain untuk

memberi lebih keselesaan kepada orang ramai,” kata

Noorizah.

Perdana Menteri memalu gendang sebagai simbolik pembukaan Persimpangan

Bertingkat Sungai Buaya

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad

(PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Persimpangan

Bertingkat Sungai Buaya dijangka dapat mengatasi

masalah kesesakan lalulintas di sepanjang Jalan B27

berhampiran bandar Rawang.”

Selain daripada itu, pembinaan persimpangan ini juga

menyediakan akses yang lebih mudah untuk penduduk

sekitar Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara

Rawang ke Lebuhraya Utara-Selatan, terutamanya

pengguna harian ke Lembah Klang. Sebelum ini,

penduduk sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh

terpaksa menggunakan Persimpangan Bertingkat Bukit

Beruntung atau Persimpangan Bertingkat Rawang

untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan. Dengan

pembukaaan persimpangan ini, tempoh perjalanan

orang ramai dalam kawasan ini akan dapat disingkatkan

kira-kira 40 hingga 60 minit.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Rasmi

Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya oleh Perdana

Menteri Malaysia, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Kerja

Raya, YB Datuk Hj Fadilah Hj Yusof.

Lebih daripada 5,000 tetamu menyaksikan upacara bersejarah ini

Dalam pada itu, PLUS juga sedang giat menjalankan

kerja-kerja pembinaan Persimpangan Bertingkat

Seremban baru serta Persimpangan Bertingkat Alor

Pongsu di Perak.

Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir di Lebuhraya Utara-

Selatan yang dirasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan

Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Januari lalu dijangka memacu

perkembangan ekonomi di Bukit Gambir dan kawasan

sekitarnya.

Pembukaan persimpangan bertingkat ini bukan sahaja

memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 penduduk sekitar,

malah dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan

penduduk setempat menerusi laluan eksklusif dan lebih

mudah ke Lebuhraya Utara-Selatan di KM156.7.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’

Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Persimpangan Bertingkat

Bukit Gambir yang terletak di antara Persimpangan Bertingkat

Pagoh dan Tangkak memendekkan perjalanan orang ramai di

antara 38 hingga 48 kilometer. Secara tidak langsung, ia juga

menjimatkan tempoh perjalanan mereka di antara 40 hingga

60 minit.”

Persimpangan yang terletak hanya kira-kira 5.5 kilometer

dari Bandar Bukit Gambir ini dijangka dapat merancakkan

lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan yang

berdekatan menerusi akses yang lebih mudah ke Lebuhraya

Utara-Selatan.

“Dengan kos pembinaan kira-kira RM108 juta, persimpangan

ini dilengkapi dengan sebuah plaza tol berkapasiti 8 lorong

(termasuk lorong elektronik), surau, tandas awam, wakaf dan

kawasan meletak kenderaan untuk kegunaan dan keselesaan

orang ramai,” tambah Noorizah.

PLUS akan terus berusaha menambah serta menaik taraf

kemudahan di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi

membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih

selamat, lancar dan selesa.

“Oleh itu, kami juga sedang giat menjalankan kerja-kerja

pelebaran lebuh raya di antara Shah Alam hingga Rawang

serta di antara Nilai Utara hingga Seremban bagi memberi

lebih keselesaan kepada orang ramai,” kata Noorizah.

16 KEMBARA PLUS ONLINE JANUARI/FEBRUARI 2014 17 KEMBARA PLUS ONLINE JANUARI/FEBRUARI 2014

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!